1. Buat laporan di balai polis yang berhampiran

Ini perkara paling utama dan paling asas. Sebabnya kalau anda nak memohon sijil passport sementara dari kedutaan, diorang akan minta laporan polis. Kalau anda nak buat tuntutan insuran untuk ganti balik semua kos dan kerugian akibat masalah passport hilang ini, syarikat insuran akan minta salinan laporan polis juga.

Begitu juga kalau seseorang berniat untuk menggunakan passport anda yang hilang atas tujuan dan aktiviti yang lain. Laporan polis mungkin menjadi bukti bahawa orang lain yang menggunakannya dan bukannya anda.

Jadi jangan bertangguh kalau anda dapati passport anda hilang, pergi ke balai polis tempatan dan buat laporan secepat mungkin. Pastikan selepas membuat laporan, dapatkan salinan laporan polis dan simpan baik-baik.

2. Duit

Anda kena ada sedikit wang untuk survive kalau berlaku keadaan seperti ini. Untuk makan, bayar tambang teksi nak pergi ke kedutaan atau membuat panggilan, memang kena ada duit.

Kadang kadang bukan passport anda sahaja dicuri, tapi duit pun kena curi sekali. Jadi kalau letak semua duit dalam satu tempat, nasib tak baik memang akan hilang sekaligus.

Oleh itu kalau anda pegi travel dengan family, bahagi-bahagikan duit yang dibawa, setengah bagi kat isteri dan setengah lagi anda pegang. Kalau beg anda dicuri contohnya, setidak-tidaknya anda masih ada sebahagian wang lagi yang dipegang oleh isteri anda untuk survive.

Begitu juga perlu pastikan ada sedikit baki duit dalam akaun bank anda. Sebelum pergi, telefon bank untuk aktifkan kad ATM supaya boleh digunakan di luar negara dan bawa bersama anda. Ketika kecemasan, boleh keluarkan duit melalui kad ATM.

Lagi satu yang anda boleh guna ialah kad kredit. Boleh juga dapatkan advance cash guna kad kredit ketika kecemasan . Tapi kalau wang tunai, kad atm dan kad kredit semuanya hilang, cara terakhir ialah anda whatsapp/email keluarga anda di Malaysia dan suruh mereka hantar cash melalui Western Union.

3. Pergi ke kedutaan Malaysia yang berhampiran

Selepas membuat laporan polis, anda kena pergi ke kedutaan Malaysia yang terdekat. Jadi seeloknya, dapatkan dahulu alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang anda ingin lawati awal awal sebelum pergi ke sana.

Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di website Kementerian Luar Negeri di kln.gov.my.

Tapi kalau anda terlupa nak cari awal-awal, boleh lah pegi mana mana coffe shop, dapatkan access wifi dan cari alamat kedutaan Malaysia di negara yang anda lawati melalui laman web di atas.

4. Mohon Sijil Passport Sementara

Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil passport sementara jika ianya hilang ketika di luar negara.

Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (1 hala sahaja) dan anda perlu mohon passport baru bila kembali ke Malaysia. Apa yang anda perlu ada untuk memohon sijil passport sementara ini ialah:

Salinan laporan polis Dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia Borang permohonan (akan di beri oleh kedutan) Sebagai persediaan, lebih elok scan dulu passport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting lain sebelum pergi ke luar negara dan kemudian emailkan ke diri sendiri.

Jika berlaku kedaan seperti ini, at least anda boleh buka email dan print balik semua dokumen tadi sebagai bukti bahawa anda merupakan rakyat Malaysia.

Memang kita tidak boleh jangka sesuatu yang tidak ingini akan berlaku. Tapi membuat perancangan awal setidak-tidaknya boleh membuatkan kita tidak panik dan lebih bersedia jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini.