Assalalamualaikum,

Group Umrah Disember bersama Tuan Haji Salahuddin Ayub yang pada mulanya seramai 66 paxs terpaksa berpecah menjadi 45 orang pergi 30/11 dan 24 orang pergi untuk tarikh seterusnya. Hal ini kerana atas atas faktor proses visa yang di luar kawalan terhadap beberapa peserta umrah terutamanya yang bermahram. Namun sebenarnya ia dari Allah juga, kita merancang tetapi perancangan Allah lebih baik. 

1456019_860785753952763_6496181679262837106_n.jpg

 

Alhamdulillah, keberangkatan group Pasti Travel dengan kerjasama Darul Mubarak Travel berjalan dengan baik atas izin Allah SWT jua. Group di ketuai oleh Ustaz Muhamad Salim Bin Mat Taib daripada Darul Mubarak Travel dan dibantu oleh Ahli Lembaga Pasti Malaysia sebagai pembimbing iaitu Cikgu Roslu Suhaime dan En Mad Shah Bin Mat Kosim selaku Pengarah Urusan Pasti Travel Sdn Bhd.

 

Jemaah telah berkumpul di KLIA aras 5 Kaunter A pada jam 8 pagi. Penyerahan beberapa keperluan jemaah umrah seperti nametag, tag beg dan uncang kasut dilakukan setelah jemaah lapor diri.

 

Kelihatan ahli kelurga turut memenuhi ruang airport untuk menghantar ahli keluarga mereka yang akan menjadi tetamu Allah. Dalam jam 9 pagi, check in beg luggage dan penyerahan passport serta boarding. 

 IMG-20141130-WA0010.jpg


Taklimat ringkas di beri oleh Ustaz Muhammad Salim iaitu mutawif daripada Darul Mubarak Travel & Tours. Setelah taklimat perjalanan diberi, jemaah bersedia untuk berlepas jam 12.05 tengahari dengan pesawat IY 863. 

 

Jam 10.55 malam waktu Yaman, jemaah akan berhenti rehat dan bertukar pakaian ihram. Jam 3 pagi, jemaah akan berlepas ke Jeddah dengan pesawat IY 514 dan akan bermiqat di dalam kapal terbang. Dijangka tiba di Jeddah jam 4.30 pagi waktu tempatan.

 1560587_860853740612631_9175957618105341670_n.jpg


Perjalanan akan diteruskan ke Mekah dengan menaiki bas, sebaik sahaja tiba di Mekah jemaah akan diuruskan penginapan iaitu di Hotel Jawharat Musfalah dan berehat sebentar sebelum mengerjakan umrah yang pertama di Masjidil Haram. 

 

Seterusnya hari-hari di mekah akan dijalani seperti biasa iaitu jemaah akan mengerjakan umrah sebanyak 7 kali dimana perngangkutan akan disediakan oleh pihak travel. Juga akan di bawa ke beberapa tempat ziarah di Mekah.

 

Pada 6 Disember 2014, jemaah akan melakukan Tawaf Wida untuk meninggalkan bumi Mekah yang penuh barakah dan sejarah. Jemaah akan berangkat ke Madinah dan menginap di Hotel Fairuz Season selama 3 hari 2 malam. 

 

Di Madinah juga, para jemaah umrah akan di bawa melawat ke beberapa tempat istimewa yang bersejarah dalam dunia Islam. Allahurabbi, bersyukur para jemaah dapat menjejakkan kaki di Masjid Nabawi. Disana terdapat makan Rasulullah SAW. 

 

Pada 9 December, jemaah akan mengerjakan Ziarah Wida, iaitu ziarah selamat tinggal kerana kan meninggalkan bumi Mekah dan kembali ke tanah air Malaysia. 

 

Jemaah akan berlepas jam 10.30 malam dengan menaiki flynas. Dan dijangka tiba pada jam 11.30 pagi pada 10 Disember.

 

Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan semua urusan para jemaah disana. 

Amin.