(A)   SEBELUM MUSIM HAJI

  • Hubungi Pejabat Urusan kami dengan menelefon 03-61811728 dan nyatakan hasrat anda ingin mengupah Haji Badal.
  • Isi Borang Permohonan Haji Badal dengan lengkap. Borang boleh didapati di Pejabat Urusan atau melalui website kami di : www.pastitravel.com. Borang yang telah diisi, boleh dikembalikan melalui email atau fax.
  • Buat pembayaran Badal Haji ke dalam akaun yang telah ditetapkan. Bayaran boleh di buat di Pejabat Urusan atau melalui akaun bank kami.
  • Untuk Akad Wakil Badal Haji iaitu tuan puan melafazkan akad mewakilkan kepada pihak kami untuk menghasilkan Satu Haji bagi Allayarham/ah….. Akad ini boleh dilakukan di Pejabat Urusan atau melalui telefon. (Lihat lampiran “Lafaz Akad” yang disertakan bersama borang). [Borang Badal Haji]
  • Setelah selesaikan urusan lafaz akad, maklumat dan wang untuk melaksanakan Badal Haji akan dibawa ke Tanah Suci Mekah bagi diserahkan kepada pelajar/petugas yang menyakinkan untuk menunaikan ibadah badal haji tersebut.

 

 (B)   SELEPAS MUSIM HAJI

a. Setelah tamat musim haji, pihak kami akan menghubungi pihak waris/pengupah selewat-lewatnya pada bulan April tahun berikutnya untuk menyatakan bahawa Badal Haji telah selamat dilakukan oleh orang yang menerima Upah Haji berkenaan.

b.     Waris / pengupah akan dijemput hadir untuk menerima cenderahati dan sijil badal haji atau  akan poskan.